Peringkat Lima SDA Church


Yang  Tidak Menyenangkan Berubah Menjadi Baik

 


Ketika Ia dicaci maki, Ia tidak membalas dengan mencaci maki; ketika Ia menderita, Ia tidak mengancam” (1 Petrus 2:23).

 

Penginjil literatur, Noemi Cummings, mengongsikan pengalaman berikut dengan kita:

Baru-baru ini saya melawat seorang wanita dan memperkenalkan Family Lifestyles Series (Siri Gaya Hidup Keluarga) kepadanya. Semua berjalan baik sehinggalah saya menunjukkan kepadanya Family Bible. Tiba-tiba dia sangat terganggu dan marah, dia berkata, “Adakah kamu percaya kepada sampah itu? Tentu kamu ini orang Kristian, seorang daripada orang-orang bodoh yang percaya dengan membabi buta apa yang buku itu katakan tanpa menyedari kebenaran.”

Pada tahap ini, saya berdoa sungguh-sungguh dalam minda saya untuk mendapatkan perkataan yang sesuai untuk dikatakan dan sikap yang benar untuk ditunjukan kerana saya ingat bahawa contoh yang Yesus tunjukkan kepada kita tidak memenangi jiwa melalui perbalahan.

Jadi saya berkata, “Nicole, tentu kamu ada sebab untuk mengatakan seperti itu tentang buku yang mulia ini.”

“Ya.” Katanya. “Saya seorang spiritualis dan percaya dalam banyak tuhan, malah, mereka bukan dewa-dewa tetapi dewi-dewi.”

Saya bertanya, “Pernahkah kamu baca Alkitab?”

“Tidak sekali-kali, itu hanya membuang masa. Lihatlah, orang Kristian tidak lebih baik daripada orang lain. Mereka lebih menyedihkan disebabkan oleh semua batasan-batasan yang dikenakan kepada mereka oleh Buku itu.”

“Nicole, saya tidak boleh berkata bagi pihak semua orang Kristian, tetapi saya boleh berkata bagi diri saya sendiri. Sejak saya mula membaca Alkitab dan mempelajarinya dengan penuh doa, saya boleh mengatakan kepadamu bahawa ia benar-benar telah mengubah hidup saya. Saya gembira mengetahui bahawa Tuhan mengasihi saya, dan oleh kerana saya menerima kurnia keselamatan yang Dia berikan melalui Yesus Kristus, saya mempunyai jaminan hidup kekal bersamaNya. Bahkan, jika bukan untuk Tuhan, saya tidak berada di sini bercakap dengan kamu. Dialah yang memberikan saya keinginan unruk pergi dan memberitahu orang lain tentang kasihNya, supaya kamu juga memiliki kegembiraan dan damai yang hanya boleh ditemukan melalui pengenalan akan Dia.”

“Hmmmnn,” katanya. “Baiklah, bagaimanapun, saya tidak ada wang, saya tidak dapat beli apa-apa dari kamu.”

Saya bersedia untuk pergi dengan gembira, mengucapkan terima kasih kepadanya atas masanya dan kejujurannya, tetapi saya merasa terdorong untuk menunjukkan kepadanya buku “Great Stories for Kids” kerana dia ada empat orang anak. Dalam buku-buku ini, dia menunjukkan minat, dan dia meminta saya duduk kembali. Inilah kata-kata yang menakjubkan yang dia katakan:

Dia berkata, “Sementara kamu bercakap, saya mendengar dua suara dalam kepala saya. Yang satu memberitahu saya untuk tidak berurusan apapun dengan kamu, dan yang satu lagi memberitahu saya untuk tidak membenarkan kamu pergi. Sebenarnya, saya ada Alkitab di almari buku, dan saya telah cuba membuangnya beberapa kali, tetapi saya tidak dapat memaksa diri saya melupuskannya. Jika kamu ada sesuatu untuk anak-anak saya, itu tentu akan dapat menolong mereka menjadi anak-anak yang baik dan dapat mengatasi kesukaran hidup bersama ibu bapa yang sudah bercerai, saya mahu buku-buku itu. Saya memilih untuk tidak menjadi orang Kristian, tetapi anak-anak saya akan membuat pilihan mereka sendiri.” Dia kemudian memesan buku-buku Kristian untuk kanak-kanak yang  melebihi daripada  $800 harganya.

Tidak ada had kepada apa yang Tuhan dapat, dan akan, lakukan untuk membuka kunci keberhasilan kita, dan untuk menjangkau jiwa-jiwa dalam kegelapan.

 

 

                        

368     K E A J A I B A N   K A S I H  K A R U N I A

Make a free website with Yola