Pencari Kebenaran
“Hasil orang benar adalah pohon kehidupan, dan siapa bijak, mengambil hati orang” (Ams 11:30).
Biasanya bukan mudah bagi orang mengambil pendirian mereka bagi kebenaran, terutama sekali
apabila mereka dalam pekerjaan di mana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat. Inilah ketikanya mereka perlukan buku-buku kita yang berisikan kebenaran untuk menolong mereka membuat keputusan. Pengalaman berikut terjadi di Kenya, Afrika. Di sini sekali lagi kita melihat pimpinan Roh Tuhan di dalam kehidupan pencari kebenaran.
Cleophas Okisai adalah seorang penginjil literature. Pada suatu hari dia membuat penerangan mengenai bukunya kepada seorang wanita, pengetua sebuah sekolah tempatan. Penyampaian itu berjalan baik, dan wanita itu memesan siri The Bible Story untuk dihantar pada hujung bulan itu. Sebelum menginggalkan pejabat wanita itu, dia bertanya sama ada dia boleh melawat guru-guru yang lain juga. Dia dengan senang hati memperkenalkan Cleophas kepada staffnya yang lain. Guru-guru itu berminat dengan buku-buku itu dan memesan untuk penghantaran kemudian. Apabila hujung bulan tiba, buku-buku itupun dihantar dan lebih lagi banyak pesanan dibuat. Ia berjalan dengan amat baik sehingga menjadi rutin bagi penginjil literatur itu untuk melawat guru-guru ini setiap bulan. Mereka berterusan membeli judul-judul baru, dan Cleophas berterusan menghantarnya.
Seorang guru, Mr. Vincent Otiatio, menunjukkan minat yang lebih sedikit atas buku-buku yang dia telah beli. Dengan minatnya dan semangat penginjil literatur itu, perpustakaannya terus berkembang dengan bertambahnya buku-buku Adventist. Perpustakaan beliau menjadi lebih besar daripada kepunyaan purata anggota gereja Adventist di kawasan itu.
Pada suatu pagi Ahad secara kebetulan Cleophas bertemu dengan Mr. Otiatio, yang dalam perjalannya ke gereja. Dia seorang yang rajin ke gereja, anggota dari gereja Anglican di mana dia juga memegang jawatan sebagai setiausaha gereja itu. Mereka telah singgah sebentar di kedai minum di tepi jalan, dan ketika mereka berpisah, Mr. Otiatio berkata, “Saya telah membaca buku-buku kamu, dan saya menjadi yakin bahawa hari Ahad bukan hari kebaktian Tuhan.”
“Ya, memang bukan,” jawab Cleophas.
Selepas perbualan singkat, mereka berpisah. Cleophas tidak dapat berhenti memikirkan kata-kata Mr. Otiatio. Dia meminta Tuhan untuk menunjukkan kepadanya bagaimana menolong jiwa yang mencari ini untuk membuat keputusannya bagi Kristus. Dia meletakkan dirinya di tempat Mr. Otiatio, menyedari betapa sukar bagi Otiatio untuk menukar keanggotaan gereja. Lagipun, dia adalah orang penting yang memegang jawatan penting di gerejanya. Dia juga bekerja dengan orang yang berpengaruh yang sudah tentu cuba menyakinkan dia untuk tidak berubah.
Pada suatu hari Cleophas melawat Mr. Otiatio lagi di sekolah, menunjukkan kepadanya sebuah buku yang berkaitan dengan persoalan tentang hari Tuhan. Tiba-tiba Mr. Otiatio berkata, “Saya mesti buat keputusan! Biarkan saya baca seluruh bab itu dan kemudian saya akan nyatakan kepadamu keputusan saya.” Dua hari kemudian, Mr. Otiatio membuat keputusan untuk bergabung dengan gereja Tuhan sebagai pemelihara hari Sabat.
Buku-buku kita siap sedia memberitakan perkhabaran itu asalkan kita siap untuk membawa buku-buku itu ke tempat di mana ia boleh melakukannya. Tuhan memerlukan tangan dan kaki untuk membantu Dia menjangkau mereka yang tidak dapat dijangkau dalam cara lain. Mengapa anda tidak mempertimbangkan untuk menjadikan tangan dan kaki anda tersedia untuk digunakan oleh Tuan untuk melakukan keajaiban bagiNya?