Kesetiaan Memenangi Jiwa-jiwa
“ ‘Perhatikanlah, supaya pelayanan yang kauterima dalam Tuhan kaujalankan
sepenuhnya’ ”
(Kolose 4:17).
Kepentingan dan jangkauan luas hasil dari
kesetiaan di tunjukkan dalam pengalaman hari ini. Adalah
penting untuk menyelesaikan kerja
yang Tuhan tentukan kepada anda dan saya dengan setia, kerana ada jiwa-jiwa
yang dalam bahaya.
Seorang penginjil literatur, Harry, bertanya kepada seorang petani tentang orang di ladang yang seterusnya. Jawabannya adalah, “Tidak ada, tidak ada yang tinggal di sana; tidak ada, kecuali seorang lelaki bujang yang tidak akan berminat dengan apa yang kamu bawa. Lagipun, pondoknya lapan kilometer dari sini. Tentu kamu tidak mau membuang masa kamu.”
Selepas nasihat ini, penginjil literatur itu tidak pasti sama ada dia mau bersusah payah untuk melalui jalan gravel sejauh itu hanya untuk melawat orang bujang yang bersendirian itu. Dia berfikir tentang peluang tipisnya untuk mendapat sebarang kejayaan.
Dia berlengah sebentar dan kemudian melangkahkan kakinya yang penat itu ke jalan yang berhabuk itu. Bukankah dia telah berjanji kepada Tuhan bahawa dia akan melawat setiap rumah di kawasannya? Sementara dia berjalan di antara dua buah ladang gandum yang sudah masak, dia berdoa agar di hujung jalan sana Tuhan akan berikan dia tuaian yang bernilai.
Peladang muda itu mengentikan kerjanya mengikat tuaian ketika dia melihat orang asing menyeberangi tunggul-tunggul jerami. Dia mendengar penerangan yang ringkas itu dan memutuskan untuk membeli buku, The Great Controversy. Harry meneruskan perjalanannya dengan doa agar Tuhan akan memberkati benih yang sudah ditabur itu.
Musim dingin ketika tidak banyak yang dia dapat lakukan kecuali menunggu cuaca panas datang, petani muda itu mengambil buku yang baru dia perolehi, The Great Controversy, dan membacanya. Dia mendapati buku itu menarik sehingga dia membaca buku itu berulang kali sebelum musim bunga tiba. Dia menjadi yakin tentang kebenaran itu dan menyerahkan hatinya kepada Tuhan dan kepada kebenaran itu.
Pada tahun persekolahan berikutnya petani muda ini berada di kolej Adventist. Di kolej itu dia bertemu dengan gadis Kristian, mengawininya, dan kemudian membawa dia bersamanya di ladang mision, di mana mereka bekerja bersama-sama selama lapan belas tahun dan memenangi banyak jiwa untuk Tuan mereka.
Pada hari kekekalan nanti barulah akan didedahkan berapa banyak jiwa yang akan bergembira dalam kerajaan Tuhan, kerana seorang penginjil literatur tidak akan berhenti sehingga setiap bahagian kawasannya akan diliputi. Kesetiaan pasti berhasil. Sekiranya Harry tidak mendengarkan Roh Suci, mengarahkan kakinya untuk pergi ke ladang terpencil orang bujang yang bersendirian itu, bayangkanlah berapa jiwa yang akan terjejas—bukan sahaja di negaranya tetapi juga di ladang mision di luar negara.
“Domba-domba dari kandang Tuhan tersebar di mana-mana, dan kerja yang seharusnya dilakukan untuk mereka telah diabaikan. Melalui terang yang diberikan kepadaku saya tahu bahawa di mana ada seorang pekerja di ladang, sepatutnya ada seratus” (Ellen G. White, Colporteur Minstry, ms. 25).
362 ● K E A J A I B A N K A S I H K A R U N I A