Gereja SDA Peringkat Lima

Buku yang Disembunyikan


“Demikianlah firman-Ku yang keluar dari mulut-Ku: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, tetapi ia akan melaksanakan apa yang Kukehendaki, dan akan berhasil dalam apa yang Kusuruhkan kepadanya” (Yes 55:11).

 

        Konde Sered  membesar semasa perang di Uganda. Apabila dia berumur tiga belas tahun, ayahnya

         meninggalkan rumah dan mengawini wanita lain. Ibunya tidak mampu untuk menyara semua anak-anak, oleh itu Konde pergi tinggal dengan kakaknya yang tua sementara dia bersekolah. Tetapi ketika umurnya lima belas tahun, dia jatuh sakit dan terpaksa berhenti sekolah. Dengan sedih, Konde kembali ke kampungnya.

            Disebabkan perang,  tentera selalu menyerbu kampung itu, mencari lelaki yang berkeupayaan untuk diambil menjadi tentera untuk berperang. Apabila kabar datang bahawa tentera sedang dalam perjalanan ke kampung itu, pakcik Konde melarikan diri ke semak untuk mengelakkan diri daripada diambil. Konde menolong untuk menyembunyikan barang-barang milik pakciknya di semak, di mana barang-barang itu tidak dijumpai oleh tentera. Di antara barang-barang pakciknya, Konde menjumpai sebuah buku bertajuk The Great Controversy. Tajuk itu menarik minatnya, dan dia membawa buku itu pulang untuk dibaca. Sementara dia membaca, dia menjumpai bab tentang Sabat. Konde menunjukkan bab itu kepada abangnya, yang menjadi tertarik juga. Mereka memutuskan untuk menanyakan ayah mereka tentang hal itu, kerana dia adalah pemimpin di gerejanya.  Tetapi ayah mereka tidak tertarik dengan buku itu dan ajarannya tentang Sabat. Kedua-dua budak itu kecewa, tetapi mereka terus membaca The Great Controversy itu, dan membandingkannya dengan ayat-ayat dalam Alkitab.

            Abang Konde mendengar tentang beberapa orang Kristian yang berbakti pada hari Sabtu. Dia pergi ke bandar untuk bertanya sama ada mereka tahu tentang buku yang dia dan adiknya baca. Dia pulang dengan gembira “Merekalah itu!” Kedua-dua adik beradik itu pergi ke gereja Adventist dan mendapati ianya berlainan dari gereja keluarga mereka.

            Konde dan abangnya yakin Gereja Seventh-day Adventist adalah Gereja Tuhan yang benar. Mereka memutuskan untuk dibaptiskan. Tetapi apabila ayah mereka mendapat tahu rancangan mereka, dia marah dan mengancam untuk tidak mengakui mereka sebagai anak. Tetapi Konde dan abangnya kini sudah menjadi pemuda, dan ayah mereka tidak dapat menghukum mereka. Konde mengongsikan imannya kepada kakaknya, dan dia juga menerima perkhabaran  Advent dan dibaptis. Kemudian dua daripada anak ayahnya yang lebih muda datang untuk tinggal dengan kakak Konde sementara mereka bersekolah di bandar. Konde dan kakaknya membawa mereka ke Sekolah Sabat dan gereja. Apabila mereka pulang ke rumah ayah mereka, mereka sudah menjadi Adventist.

            Sekarang ayah mereka sangat marah! Ayah mereka melarang mereka untuk pergi ke gereja pada hari Sabat dan memberi mereka kerja lebih supaya mereka  terlalu sibuk untuk datang ke gereja. Tahun persekolahan berikutnya, dia menghantar kedua-dua anak ini di sekolah yang berlainan dan mengatur bagi anak lelaki itu tinggal dengan ahli keluarga yang lain. Dia berharap dengan cara ini menyebabkan kedua-dua anak muda ini akan melupakan iman mereka dalam Sabat. Anak lelaki itu berhenti pergi ke gereja, tetapi adik perempuannya yang tingal dengan Konde, tetap teguh dalam kepercayaannya dan terus datang ke gereja.

            Pada suatu hari seorang kawan bertemu dengan Konde di bandar dan berkata, “Saya dengar bahwa ayah kamu mau menjadi Adventist!” Konde terkejut! Dia pergi kepada ayahnya dan menanyakan hal itu. Bayangkan kegembiraannya apabila dia ketahui kedua-dua ayah dan isterinya tidak lama lagi akan dibaptiskan. Konde melihat kegembiraan besar dalam keluarganya, semuanya kerana buku The Great Controversy.


                                                                                                                                                                Cerita dipetik dari buku The Miracle of Grace


p/s. Jika anda minat membaca pengalaman2 spt ini, Sila respon dan akan dipostkan nanti cerita yg lain lagi.

Make a free website with Yola