Gereja SDA Peringkat Lima

RINGKASAN PELAJARAN SEKOLAH SABAT – 20 OGOS

 *Yesus Menunjukkan Simpati*

 

Yesus menunjukkan simpati kepada orang dan mempedulikan mereka. Dia adalah Tuhan yang berbelas kasihan dalam Perjanjian Lama.

Setelah dia dijelmakan menjadi daging [manusia], Dia menunjukkan belas kasihan kepada orang-orang di sekelilingNya. Dia menggunakan kata-kata dan contohNya untuk mengajar mereka supaya berbelas kasihan.

 

1.       Belas kasihan Tuhan:

-          Allah mendengar rintihan kita.

-          Juruselamat bersimpati kepada kita.

-          Yesus merintih (menangis) bersama kita dan untuk kita.

2.       Belas kasihan manusia:

-          Tergerak untuk berbelas kasihan.

-          Memberi penghiburan / keselesaan kepada orang yang menderita.

ALLAH MENDENGAR TANGISAN KITA

 

Mzm 34:6  _Tujukanlah pandanganmu kepada-Nya, maka mukamu akan berseri-seri, dan tidak akan malu tersipu-sipu._

Perjanjian Lama penuh dengan cerita tentang orang yang mengeluh berkenaan dengan masalah-masalah mereka dan berseru kepada Tuhan (kadang-kadang masalah itu disebabkan dosa mereka sendiri).

Tuhan tidak mengabaikan mereka, melainkan menunjukkan belas kasihan dan bersimpati dengan mereka kerana penderitaan mereka (lihat Kel 2:23-25; Hak 1:16-18; 2Raj 13:23; Yes 54:7-10).

 

Tuhan bukannya acuh tak acuh kepada CiptaanNya; “Tuhan maha penyayang dan penuh belas kasihan.” (Yak 5:11).

Tuhan masih mendengan rintihan kita sekarang. Kita boleh percayai belas kasihanNya, kerana “Bumi penuh dengan kebaikan Tuhan kita.” (Maz 33:5).

 

JURUSELAMAT KITA YANG BERBELAS KASIHAN

 

(Mat 9:36)  Melihat orang banyak itu, tergeraklah hati Yesus oleh belas kasihan kepada mereka, karena mereka lelah dan terlantar seperti domba yang tidak bergembala.

 

Berbelas kasihan terhadap seseorang merangkumi perasaan simpati, merasa sedih kerana penderitaan orang itu dan memahami perasaannya (simpati, belas kasihan, dan empati).

 

Berbelas kasihan adalah lebih daripada sekadar memahami penderitaan orang lain, tetapi ingin meringakan penderitaan mereka.

 

Yesus berbelas kasihan terhadap orang. Oleh itu, Dia mengajar mereka, Dia menyembuhkan mereka, Dia mendengar mereka dan Dia mendoakan mereka (Mat 14:14; 9:35-58; Luk 7:11-16).

 

*Yesus adalah contoh kita. Belas kasihan kita harus menunjukkan dia sifat yang utama; ia harus ikhlas dan aktif (ia harus menghasilkan buah kebaikan).

 

YESUS MENANGIS

 

(Roma 12:15)  Bersukacitalah dengan orang yang bersukacita, dan menangislah dengan orang yang menangis!

 

Mengapakah Yesus menangis di kubur Lazarus jika Dia akan membangkitkan dia pada masa yang sama? (Yoh 11:35)

 

"Walaupun Dia adalah Anak Allah, namun Dia telah mengambil sifat manusia atas diriNya, dan Dia digerakkan oleh kesedihan manusia. HatiNya yang lembut, berbelas kasihan sentiasa dibangkitkan kepada simpati oleh penderitaan. Dia menangis dengan mereka yang menangis, dan bersukacita dengan orang-orang yang bergembira ... Hatinya tergores oleh kesakitan keluarga manusia  dari semua peringkt umur  dan di semua tempat. "(Ellen G. White," The Desire of Ages ", cp. 58 , ms. 533-534).

 

DIGERAKKAN KEPADA BELAS KASIHAN

 

(Mat 18:27)  Lalu tergeraklah hati raja itu oleh belas kasihan akan hamba itu, sehingga ia membebaskannya dan menghapuskan hutangnya.

 

Hakim-hakim 2:18 mengatakan bahawa Allah telah “tergerak kepada belas kasihan” oleh rintihan umatNya. Apakah maksud “tergerak kepada belas kasihan”?

Lukas 10:33 menceritakan cerita tentang orang Samaria yang baik yang telah “tergerak kepada belas kasihan”. Dia meletakkan dirinya di tempat orang yang cedera itu (dia telah empati terhadap mangsa itu). Meletakkan dirinya dalam risiko kerugian dari segi penderitaan fizikal atau kebendaan, dia menolong orang itu.

Lukas 15:20-32 menceritakan cerita tentang seorang bapa yang telah “tergerak kepada belas kasihan”. Dia menghabiskan hartanya dan mengetepikan maruahnya untuk memulihkan anaknya yang hilang, walaupun jika itu menyebabkan satu pokok perbalahan yang tidak dapat dielakkan.

 

Digerakkan kepada belas kasihan melibatkan mengambil bahagian dalam penderitaan orang lain dan menolong mereka walau apapun kosnya.

 

MENGHIBURKAN ORANG YANG MENDERITA

 

(2 Kor 1:4)  “yang menghibur kami dalam segala penderitaan kami, sehingga kami sanggup menghibur mereka, yang berada dalam bermacam-macam penderitaan dengan penghiburan yang kami terima sendiri dari Allah.”

 

Sebagaimana Krsitus memberi penghiburan kepada kita dalam penderitaan kita, kita juga boleh menghiburkan orang lain. Oleh kerana kita sudah belajar dari penderitaan kita sendiri, maka kita boleh melayani orang lain dalam penderitaan mereka dengan berkesan.

Gereja adalah “kota perlindungan” kerana ia penuh dengan umat Kristian yang siap sedia untuk memberikan penghiburan / kelegaan. Ia adalah rumah sakit yang memberikan kesembuhan kepada orang-orrang yang menderita.

 

Memberi penghiburan melibatkan simpati yang ikhlas; menangis bersama orang yang menangis, hadir pada masa yang sukar, mendengar kepada orang lain tanpa mengkritik, mendapatkan pakar kaunseling apabila diperlukan, berdoa bersama dan bagi orang-orang yang memerlukan doa itu....

 

 

Make a free website with Yola