RABU 28 Sept
Kerajaan Terakhir
Antara lain, Alkitab adalah buku mengenai sejarah. Tetapi ia bukan hanya buku sejarah. Ia menceritakan tentang peristiwa pada masa lalu dan menggunakan peristiwa itu (antara lain) untuk memberikan kita pelajaran rohani. Ia menggunakan peristiwa-peristiwa pada masa lalu untuk mengajar kita kebenaran tentang bagaimana kita harus hidup di sini dan sekarang ini. (Lihat 1 Kor. 10:11.)
Alkitab tidak hanya bercakap tentang masa lampau. Ia juga bercakap tentang masa depan. Ia memberitahu kita bukan hanya mengenai peristiwa yang telah berlaku tetapi mengenai peristiwa yang akan berlaku. Ia menunjukkan kepada kita ke masa depan, sampai kepada akhir zaman. Istilah teologi bagi peristiwa akhir zaman, adalah "eschatology," dari perkataan Greek yang bermaksud "terakhir." Kadang-kadang ia digunakan untuk merangkumi kepercayaan tentang kematian, penghakiman, syurga, dan juga neraka. Ia juga berkaitan dengan janji pengharapan yang kita punyai tentang kewujudan yang baru dalam dunia baru.
Alkitab juga memberitahu kita banyak perkara tentang akhir zaman. Ya, buku Ayub berakhir dengan kematian Ayub, jika inilah sahaja satu-satunya buku yang seseorang itu punyai untuk dibaca, maka seseorang itu boleh percaya bahawa cerita Ayub sudah berakhir, sama seperti kita semua, berakhir dengan kematian—begitu saja, titik. Tidak ada apa-apa lagi untuk diharapkan, kerana sejauh mana yang kita tahu dan dari apa yang kita lihat, tiada apa-apa lagi yang datang selepas itu.
Walau bagaimanapun, Alkitab mengajar sesuatu yang lain. Ia mengajar bahawa pada akhir zaman pemerintahan Tuhan yang kekal akan ditubuhkan, ia akan wujud selama-lamanya dan ia akan menjadi rumah yang kekal bagi orang-orang yang sudah ditebus. Tidak seperti kerajaan duniawi yang datang dan pergi, yang satu ini adalah kerajaan yang kekal.
Baca Daniel 2:44, 7:18. Apakah pengharapan yang ayat-ayat ini tunjukkan tentang zaman akhir?
"Rencana penebusan yang besar itu menghasilkan pemulihan kembali dunia sepenuhnya dan kembali di pihak Tuhan. Semua yang telah hilang oleh dosa dipulihkan. Bukan sahaja manusia tetapi bumi itu sendiri ditebus, untuk menjadi tempat tinggal yang kekal bagi umat penurut. Selama enam ribu tahun Iblis telah bergelut untuk mengekalkan pemilikan bumi. Sekarang tujuan asal Tuhan dalam penciptaan tercapai. ‘Sesudah itu orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi akan menerima pemerintahan, dan mereka akan memegang pemerintahan itu sampai selama-lamanya, bahkan kekal selama-lamanya.' Daniel 7:18. "- Ellen G. White, Bapa dan Nabi, ms. 342.
Sesungguhnya, kitab Ayub berakhir dengan kematiannya. Berita baik untuk kita, dan bagi Ayub, adalah bahawa akhir kitab Ayub bukanlah akhir bagi cerita Ayub. Begitu juga dengan kematian kita bukanlah akhir bagi cerita kita.