Peringkat Lima SDA Church

 

Pelajaran  1                        *24-30 September

 

*Pengakhiran*

 

PETANG SABAT

 

Bacaan Untuk Pelajaran Minggu Ini: Ayub 42:10–17; Kej. 4:8; Mat. 14:10; 1 Kor. 4:5; Dan. 2:44; Ayub 14:14, 15.

 

*Ayat Hafalan: “Jawab Yesus:  “ ‘Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati,’ ” (Yohanes 11:25).*

 

Dalam kelas penulisan [karangan], pelajar diajar tentang kepentingan pengakhiran yang baik untuk penulisan [karangan] mereka. Terutama dalam fiksyen, di mana segala-galanya adalah dibuat-buat, penulis perlu membuat pengakhiran  yang  memuaskan. Dalam bukan fiksyenpun, pengakhiran yang baik adalah penting.

 

Bagaimana pula dengan realiti? Bagaimana pula dengan kehidupan itu sendiri yang hidup bukan dalam muka surat buku atau dalam skrip filem tetapi dalam daging dan darah? Bagaimana pula dengan cerita kita sendiri? Apakah jenis pengakhiran hidup kita? Bagaimanakah penggulungannya? Adakah penghujungnya yang berselerak terikat bersama-sama dengan baik seperti penghujung  sebuah karangan yang baik?

 

                   Nampaknya tidak begitu, bukan? Bagaimanakah cerita kehidupan boleh berakhir dengan baik, apabila cerita kita sentiasa berakhir dengan kematian? Dari segi ini, kita tidak benar-benar mempunyai pengakhiran yang gembira, kerana bilakah kematian merupakan kegembiraan?

 

Begitulah juga dengan kisah Ayub. Walaupun kesimpulannya sering digambarkan sebagai pengakhiran yang menggembirakan, namun berbanding dengan semua penderitaan yang Ayub telah alami,  ia tidaklah benar-benar begitu menggembirakan, kerana cerita ini juga berakhir dalam kematian.

 

Minggu ini, sementara yang kita memulai kitab Ayub, kita akan bermula pada pengakhirannya, kerana ia membawa persoalan mengenai pengakhiran kita juga, bukan hanya untuk sekarang tetapi untuk selama-lamanya.

Make a free website with Yola