Peringkat Lima SDA Church

KHAMIS                          29 September

 

Kebangkitan dan Hidup

 

Sila baca Ayub 14:14, 15. Apakah pertanyaan Ayub dan bagaimanakah dia menjawap pertanyaan itu mengikut caranya sendiri?

 

Salah satu daripada tema dalam buku Ayub adalah berkaitan dengan soal kematian. Apa tidaknya, kerana mana-mana buku yang melihat kepada penderitaan manusia, sudah tentu, harus  melihat soal kematian juga, punca sebahagian besar daripada penderitaan kita. Ayub bertanya sama ada orang  mati akan hidup kembali, dan kemudian dia berkata bahawa dia menunggu kedatangan perubahan (hidup baru) untuk dirinya. Perkataan Ibrani untuk "tunggu" juga membayangkan idea tentang pengharapan. Ia tidak hanya menunggu sesuatu, sebaliknya mengharapkannya.

 

Apa yang dia harapkan adalah  "perubahan" baginya. Perkataan ini berasal dari istilah Ibrani yang boleh memberi idea "pembaharuan " atau "pengganti." Selalunya  ia berkaitan dengan penggantian pakaian. Walaupun perkataan itu sendiri mempunyai erti yang  luas, tetapi dalam konteks ini adalah "pembaharuan"  yang datang selepas kematian, "pembaharuan" yang  Ayub harapkan—apakah  lagi  perubahan ini selain daripada perubahan dari kematian kepada kehidupan? Itu adalah masa apabila Tuhan akan “rindu kepada buatan tanganMu ” (Ayub 14:15).

 

Sudah tentu, pengharapan terbesar kita adalah  janji yang hebat (mulia) bahawa kematian bukanlah pengakhiran yang datang kepada kita dari kehidupan, kematian, dan pelayanan Yesus.  " Kitab Perjanjian Baru mengajar bahawa Kristus telah mengalahkan kematian, musuh ketat manusia, dan bahawa Tuhan  akan membangkitkan orang yang mati untuk menghadapi penghakiman akhir. Namun, doktrin ini (kebangkitan) menjadi bahagian penting dari  iman Alkitabiah. . .[hanya]  selepas kebangkitan Kristus, kerana ia (kebangkitan) mendapat pengesahan (peneguhan)  dalam kemenangan Kristus atas kematian. "- John E. Hartley, Kitab Ayub, Nicot, Mengikut ed elektronik. (Grand Rapids: Eerdmans, 1988), p. 237.

 

Jawab Yesus kepadanya (Marta): "Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepadaKu, ia akan hidup walaupun ia sudah mati" (Yoh. 11:25). Apakah  yang Yesus beritahu kita di sini yang memberikan kita harapan dan keyakinan tentang "pengakhiran"? Iaitu, apa yang kita tahu, yang Ayub tidak tahu?

Make a free website with Yola