Peringkat Lima SDA Church

 

AHAD                               25 September

 

*Bahagia Selamanya Selepas itu?*

 

                   Seringkali cerita kanak-kanak diakhiri dengan baris ayat, “Dan mereka hidup bahagia selamanya selepas itu.” [“And they live happily ever after”]. Dalam sesetengah bahasa, ia telah digunakan begitu sering sehingga ia telah kehilangan banyak daripada kuasanya untuk menggerakkan kita dan tidak lagi benar-benar berkesan. Keseluruhan ideanya adalah, apapun drama itu—penculikan puteri, serigala yang menjijikkan, dan raja yang jahat—pahlawan dan kemungkinan isteri barunya menang pada akhirnya.

                   Begitulah bagaimana pengakhiran buku Ayub, sekurang-kurangnya pada mulanya kelihatan seperti itu. Selepas semua pencubaan dan malapetaka yang menimpa dia, sebaliknya,  pengakhiran buku Ayub adalah catatan yang politif.

 

                   Sila baca Ayub 42:10-17, ayat terakhir dari keseluruhan buku itu. Apakah yang ia katakan kepada kita tentang bagaimana Ayub mengakhiri hari-harinya?

 

Katakanlah anda bertanya kepada seseorang tentang buku  Alkitab yang watak utamanya berakhir dengan baik, buku yang mempunyai pengakhiran “bahagia selamanya selepas itu”, tanpa keraguan: ramai yang akan memilih buku Ayub. Lagipun, lihatlah semua yang Ayub miliki apabila cerita sampai ke penghujungnya.

 

Keluarga dan kawan-kawan, yang tidak hadir semasa pencubaan itu (kecuali Elipas, Zopar, Elihu, dan isteri Ayub), datang dan menghiburkan dia. Mereka juga bermurah hati, memberikan dia wang.   Sementara cerita itu sampai ke penghujungnya, Ayub memiliki dua kali lipat dari apa yang dia miliki pada mula cerita itu, sekurang-kurangnya dari segi harta benda (bandingkan Ayub 42:12 dengan Ayub 1:3).

 

Dia memiliki sepuluh orang anak, tujuh anak lelaki dan tiga anak perempuan, untuk menggantikan tujuh orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan yang telah mati (lihat Ayub 1:2, 18, 19); dan di seluruh negeri itu tidak ada perempuan “yang secantik anak-anak Ayub” (Ayub 42:15), sesuatu yang tidak disebut tentang anak perempuan yang terdahulu.

 

Orang ini yang  begitu yakin bahawa kematian sudah betul-betul di depannya, hidup 140 tahun lagi. "Maka matilah Ayub, tua dan lanjut umur," (Ayub 42:17). Ungkapan "suntuk [lanjut] umur") digunakan untuk menggambarkan hari-hari terakhir Abraham (Kejadian 25: 8), Ishak (Kejadian 35:29), dan Daud (1 Taw. 29:28). Ia memberi idea tentang  seseorang yang bukannya berada di tempat yang baik dan bahagia apabila tiba  masa yang sudah pasti, peristiwa yang tidak menggembirakan: kematian.

 

Kita semua suka cerita-cerita dengan penghujungnya yang menggembirakan, bukan? Apakah beberapa cerita dengan penghujungnya bahagia yang anda tahu? Apakah pelajaran yang kita dapat daripadanya?

 

Make a free website with Yola