Gereja SDA Peringkat Lima

BRING THEM IN.mp3

 Gereja Seventh-day Adventist Peringkat Lima

 

Gereja Peringkat Lima
Gereja SDA Peringkat Lima

Rumah Pastor di Lubuh

Contact Us

Sejarah Ringkas Gereja SDA Peringkat Lima


Kelahiran gereja SDA Peingkat Lima adalah hasil daripada penghijrahan beberapa anggota gereja SDA dari daerah Kiulu dan Togop. Penghijrahan ini berlaku pada  tahun 1969-1971 kerana mereka menjadi penoroka di tanah rancangan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS),  di Sungai Manila Sandakan.

Pada mulanya gereja Peringkat Lima hanyalah bangunan yang diperbuat daripada papan berukuran 24' x 30'. Pertambahan anggota dan keujuran bangunan gereja lama telah memberi laluan kepada pembinaan gereja yang lebih besar berukuran 30' x 60'. Gereja ini kira-kira 27km dari bandar Sandakan, didirikan di kawasan rumah En. Henry Mangki, lot no. 376 Peringkat Lima.

Gereja SDA Peringkat Lima ialah salah satu daripada gereja-gereja di bawah jagaan pastor daerah Sungai Manila. Gereja-gereja lainnya ialah,
Gereja SDA Lubuh,  Gereja SDA Peringkat Enam, Gereja SDA Batu 30 Ulu Dusun, dan Gereja SDA Ulu Muanad [Sebelum rombakan].

Bilangan anggota gereja Peringkat Lima yang bersabat di Peringkat lima dengan tetap ialah kira-kira 80 orang (tidak termasuk kanak-kanak). Manakala yang tidak tetap bersabat di Peringkat Lima pula disebabkan mereka bersabat di gereja-gereja mengikut tempat mereka bekerja.

Pastor yang mula-mula berkhidmat di Sungai Manila ialah Pastor Malim Enggang.
Antara pastor-pastor lain yang pernah berhidmat di daerah Sungai Manila mengikut urutan ialah, Pastor Stephen Gunggut, Pastor Patrick Godwan, Pastor Padir Juman, Pastor Anton Tobi, Pastor Hilson Lopog, Pastor Matiun Alip, Pastor Malim Enggang (kali kedua) Pastor  Maijar Malingka, Pastor Juri Rumondok, Pastor  Malvin Gakim, Pastor Hillman Soliun Sandayan, dan kini Pr. Julios Ubara.


Nota: Rombakan telah dibuat pada bulan Mei 2016. Kini gereja-gereja di bawah jagaan Pastor daerah Sg. Manila ialah Gereja SDA Peringkat Lima,  Gereja SDA Lubuh,  Gereja SDA Peringkat Enam, dan  Gereja SDA Letat. Manakala Gereja SDA Batu 30 Ulu Dusun,  Gereja SDA Muanad, dan Gereja SDA Beluran di bawah jagaan pastor untuk daerah Beluran,



Gereja SDA Lubuh


Make a free website with Yola